;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Oct-2006 23:12 Email | Share | Bookmark
Kueh Pau..Serunding Daging



Quote:
LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)






KUEH PAU AYAM

bahan.

500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan


Inti Ayam

Bahan

300 gm isi ayam [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil]
2 s/b serbuk kari ayam
1 cawan air
garam
gula
daun sup [racik kasar]

Bahan tumis
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air.
4. Biarkan mendih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk.




SERUNDING DAGING

Bahan-Bahan:

1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang tiga cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering.
5. Sejukkan dan simpan.


Quote:

hasmaliza murnihanani@yahoo.com ~~ nama penuh kak liza..NOORLIZA ..hehhee syuk jugak nama kita glemer kan...macm CHEF LIZA yg kat TV tu...anak dara kakliza Nurul Azlina tapi kakliza panggil Lina.sbb mak dia Liza..anak2 kakliza semua nama mula ngan AZ....
nabialishad ~~ boleh gantikan mauripan dengan apa instan yest sama jer sukatannya..kak liza x suka bancuh ngan iar..but terus jer gaulkan ngan tepung..gula as resepi yg kkliza tuliskan tu... boleh gnatikan shortening tu ngan majerin tapi annti pau tak putih la sebab majerin tu warna kuning... kkliza lama tak online YM..a bit bizi..buat kueh raya dah ni..
Mom of four ~~ kelaurga kkliza mmg suka pau berlauk dari pau manis..TQ juga sebab sudi mencuba resepi kakliza...kakliza dah tenguk biskut tu..wah kiranya kita ni samalah yer..keluarga orang minyak...hehhehehhe..
mien ~~ kakliza uli ngan mesin..tak larat nak esin ngan tangan..lagipun biasalah nak cepat jer...mauripan tu kakliza masuk sama ngan tepung dan bahan2 lain tu..as resepi kakliza tuliskan tu...
MUZA ~~ w'salam..janganlah malas2..nanti tak merasalah kueh yg dihajati..
aunidayini aunidayini@yahoo.com ~~ seronok kakliza sebab auni nak mencuba..
beida mohd ~~ boleh lah cuba buat kan..
azrin azrienz@lycos.com ~~ blue berry filling ni banyak jual kat kedai bakery supplier..ada banyak kat KL..saperti BAGUS..Bake with Yen..dan yg kedai kecil2 tu.. nanti kakliza pastekan gambar ..meanwhile try to broswe kat tenet dalam GOOGLE image search..
Aliz ~~ Sama-sama dek...InsyaAllah jadi.jika ada kemahuan..
Kak Leen aslinda217@yahoo.com ~~ buat serunding ni kena jag api dan sentiaa kacau masa serunding dah nak kering tu..takut hangus..
MamaFaMi ~~ kesian kakliza baca..tak dapat serunding..kalau dekat mesia boleh akkliza poskan...
Aliza zazook@yahoo.com ~~ Salam.. juga Selama Hari raya buat Aliza [nama sama jugak ler..] TQ sebab masing2 suka mencuba resepi kakliza yg sempoi2 ni..
Ruby ~~ kedai hana tu kat Kertih bukan Chukai/Kemaman..yang kat Chukai/Kemaman tu adlaah Fast Bakery.. di Taman Chukai Utama kat balai bomba sana...sebelah Toyota show-room..
nic ~~ pau ni kena peram sehingga naik segebusnya baru kukus.. ketumbar biji tu untuk rasa masa makan tu bergetus2 gitu..rasanya tak sesuai gunakan serbuk sebabb kakliza tenguk orang jual mmg dia just tumbuk pecah2 jer ...
cik_bawang ~~ TQ cik bawang..gembira kakliza kerna U sudi menjenguk sini..silalah cuba resepi yg mana suka...
Daniel Zain ~~ salam 2 U too..TQ sebab sudi emnjenguk dapur kak liza
afzan ~~ Salam Ramadhan 2 U too...silakan..kakliza x kisah..n TQ for trying out resepi kakliza... serunding mmg sedap..cicah ngan ketupat pulut..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net