Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Oct-2006 22:00 Email | Share | Bookmark
Rojak Betik Terengganu..Salad Ayam



Quote:
AMALAN DALAM BULAN RAMADHAN

PAGI

1] Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya

2] Zikir
* La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)
* Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)
* Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)
* Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)

TASBIH:
(100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)

SELAWAT :
Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali

SOLAT SUNAT
* Solat sunat Isyraq
* Solat sunat Dhuha
* Solat sunat Tasbih dan
* Membaca al-Quran
* Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)







ROJAK BETIK TERENGGANU

Bahan Sayuran:

1 biji betik muda kecil
1 batang timun
1/4 biji nenas [buangkan kulit dan mata tunas]
sedikit kapur makan untuk rendamkan betik
keropok goreng [pecahkan sikit]

Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya.
2. Parutkan panjang dan rendamkan ngan air kapur sikit.
3. Timun dan nenas di hiriskan nipis dan kecil.
4. Toskan betik supaya kering airnya.
5. Letakkan semua bahan dalam pinggan dan dihidangkan dengan kuah rojak ikan.

KUAH ROJAK IKAN

Bahan-bahan kuah

5 ekor ikan selayang
3 s/b cili mesin
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
2 s/b cuka
1 s/b gula merah
1 s/b gula
garam

Cara membuat:
1. ikan dibersihkan dan dibakar tanpa garam [boleh juga panaskan dalam microwave..masukkan sikit air dan masak pada MEDIUM selama 15 minit]
2. Bila ikan telah masak ambilkan isi dan hancurkan [mesin atau tumbuk].
3. Masukkan isi ikan dan semua bahan dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh dan agak pekat.
5. Hidangkan dengan sayuran yg disediakan.





SALAD AYAM

Bahan

1 keping dada ayam [kakliza gunakan chicken fillet]
1 biji telur
tepung gorengan KFC
minyak
mayonis
lada hitam
[boleh juga gunakan satay ayam.. ]

Bahan sayur
tomato [potong dadu]
timun [buangkan biji dan parut panjang]
salad
daun bawang [ hiris pendek]

Cara
1. Ayam dicelupkan dalam telur dan golekkan dlam tepung KFC.
2. Goreng dengan api sederhana sehingga masak tapi jangan garing.
3, Hiriskan nipis dan kecil.
4. gaulkan sayur dengan mayonis dan alda hitam.
5. Hidangkan dengan roti.


Quote:

ibu nadia - Kak liza pun beli petai yg dah siap kupas..senang kerja..petai yg dimasak ngan kulit tu selalunya kakliza buat sambal kering..bukan basah macam ni... at least le ni ada jugak petai kat obersi..masa jaman kakliza dulu..mau nangis teringat makanan mesia kat obersi...
Krayolan ~~ mmg sedap..mula akkliza datang tganu.rasa amcam pelik jer makan buah ngan kuah ikan..tapi sedap rupanya..kiranya makan makanan fresh..ada zat ..vitamin C dan protien yg tinggi..
MUZA ~~ w'salam...menu ni kena tukar2 ..kalau tak surelah ejmu nak makan benda yg sama jer..disamping tu boleh cuba praktiskan resepi baru ...

kak..petai fav saya..uwaahhaa..dr kecik dah makan petai..lagi sedap kalu ada kulit dia...kikis2..then msk..waaahhaaahhaa..sini pyh nak jumpa...cuma ada satu kedai jer..itupun frozen....dpt gak ilang kempunan.... Sun 15-Oct-2006 04:21
Posted by:ibu nadia  - [Link]
Sedap nya rojak betik... Balik keje singah kat bazar ramadhan jap pergi beli nak buat makan sorang tue yg malas......Teringat masa kecik2 dulu selalu kena parut betik.... Sun 15-Oct-2006 07:26
Posted by:Krayolan
akak ni macam macamlah menu tgk,hai tak tahan nak tgk,hari hari lain menu,sedap sedap belaka,seronoklah .tq,assalamualaikum. Sun 15-Oct-2006 09:47
Posted by:MUZA
alhamdulillah lepas ni tertunai la hajat yg dah simpan lama dulu....terima kasih banyak2 kongsi resepi kat sini. Sun 15-Oct-2006 16:26
Posted by:ida  - [Link]
Kak Liza..... blum letak gambar baru lagi ke??? windu lah ngan FP akak nie.... Tue 31-Oct-2006 04:38
Posted by:Krayolan
Kak Liza....... saya dah cuba resipi kek coklat kak liza..... best giler.Hari ni saya cuba pula resipi tiramisu.......best jugak....Kalau macam ni bisa montel saya.Anyway, terimakasih buat Kak Liza dengan resipi-resipi Kak liza saya dapat tempahan dan dapatlah duit raya....................... emmm semuanya best............ : Tue 31-Oct-2006 13:44
Posted by:Widuri ratnapura_406@yahoo.com
Salam.....kak liza, ni 1st time saya jenguk fp kak liza..saya pernah buat kek coklat akak 2,(amik kat forum.cari) best la kak...tgh nak blaja masak ni.Insyaallah lepas ni saya cuba resepi lain plak. kecur air liuq tgh resepi2 akak ni. Thu 9-Nov-2006 07:32
Posted by:alyn alyn_ahmad@yahoo.com
a`ah saya pun dok tunggu update kat fp k/liza.... Thu 9-Nov-2006 09:37
Posted by:zana zanaz70@yahoo.com
Kak Liza, nak repot. Saya dah cuba almond london Kak Liza, hasilnya mengancam abis cuma yang saya punya coklat dia tak berkilat, camne nak buat kilat memancar gitu, tapi yang bestnya biskut tu yang abis dulu. Mon 13-Nov-2006 02:26
Posted by:maksuu umminuha@yahoo.com.my
rojak buah stor paling sedap setakat ni.oang tua-tua dan bini aku je yang tahu buat.Tapi ada gi orang lain hak tahu.tapi try makang sekali nok sokmo rasa,kalau dok caya try sekali bos.bereeeeh Sun 13-Jan-2008 14:09
Posted by:Ahmad Kamal awang7117@yahoo.com.my
kak liza kena buat masuk banyok lagi makanang yang sedap-sedap dari terengganu sebagai contohnya kuah bronok,puteri mandi, lok lik,beg kang dan lain- lain lg.hubungi saya awang7117@yahoo.com.my Sun 13-Jan-2008 14:12
Posted by:Ahmad Kamal awang7117@yahoo.com.my
Tuan Rumah tumpang lalu...

ANDA SEORANG PELAJAR

UNIVERSITI/KOLEJ/SEKOLAH ATAUPUN SURIRUMAH??

MAHU BUAT BERNIAGA ONLINE DARI RUMAH!!! IKUTI

TIPS YANG DIBERIKAN!!

klik JE: http://bizonline4me.blogspot.com/


e-mail ke : bizonline4me@gmail.com

jangan lepaskan peluang yang berharga didepan mata

anda...
terbuka untuk semua,seluruh malaysia...

anda berminat untuk menambah wang anda sendiri?
mampu memiliki apa yang anda impikan?

tak SUSAH pon benda ni....

korang cubalah masuk web ni n baca.....

klik JE: http://bizonline4me.blogspot.com/





Anda hanya perlu lakukan 3 langkah mudah dibawah :


semudah 1, 2, 3 dan 4...

Maklumat Pembayaran

Pembayaran RM10 Sahaja



CIMB Ac : 01040110209529






Sila maklumkan butir-butir berikut setelah membuat bayaran melalui email:-


EMAIL : bizonline4me@gmail.com

1) Nama :
2) No Telefon :
3) Tarikh & Masa Bank-In:
4) Email:




Dan dalam masa 24jam saya akan menghantar dokumen melalui email bagaimana cara untuk anda membuat duit dengan segera.!



Mon 18-Aug-2008 04:18
Posted by:wangmari bizonline4me@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.