;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 15-Oct-2006 23:24 Email | Share | Bookmark
Demam Biskut Raya..



Quote:
AMALAN DALAM BULAN RAMADHAN

TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh

* Solat sunat wuduk
* Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa
* Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)
* Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).

* Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali).
(Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).

* Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali).
(Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah).

* Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)




BUTTER COOKIES

Bahan

135 gm butter
60 gm gula kastor
150gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Cara
1. Pukul butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Masukkan adunan dalam piping bag roseete [ataupun pam daisy/bunga cina] dn pamkan dalam paper-cup.
4. Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit.
5. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara.





CHOCOLATE BUTTER COOKIES

Bahan

135 gm butter
60 gm gula kastor
140gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
10 gm serbuk koko

Cara
1. Pukul butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Masukkan adunan dalam piping bag roseete [ataupun pam daisy/bunga cina] dn pamkan dalam paper-cup.
4. Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit.
5. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara.









BISKUT DAHLIA

Bahan

225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.





SAMPERIT LAPIS

Bahan

280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
140 gm tepung jagung
1 s/k coklat emulco
coklat cair
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit pamkan adunan coklat dalam loyang sepanjang 2 inci.
6. Pamkan adunan asal diatas doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
8. Bila telah sejukkan pamkan coklat cair atas biskut dan taburkan manik warna warni.
9. Bila coklat telah beku simpan dalam balang kedap udara.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net