;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Oct-2006 23:39 Email | Share | Bookmark
BISKUT HAZELNUT BALLS

sebelum balik raya umah mertua aritu kkliza sempat siapkan kueh ni..



BISKUT HAZELNUT BALLS

Bahan

200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ]
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH
Bahan

250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
5. Simpan dalam bekas.






Quote:

MUZA ~~ wah..buat jamuan besar tu..
sampaikan banyak sekali persiapan tu..
kakliza doakan semuanya berjaya dan selamat...InsyaAllah...
rossya ~~ agaknya mmg popular kot..
kakliza terpikat warna merah dan putih tu..
lagipun nak gak tahu rasa biskut ni..
SallySalina salma@elid.com ~~ shortening tu adalah lemak sayur..macam majerin tapi warna putih..jual dalam timbang kilo...
izah hasan hafizah_ch@yahoo.com ~~ TQ sebab jadi peminat kkliza..seronoknyaaa...
breadcrumb tu selalnya kkliza beli kat kedai jual bahan kek/biskut..anyway kat s/market selalunya ada kat bahagian yg jual tepung kentuki [ayam gorengan] tu..rupa dia macam serbuk roti kering..macam kerak roti kering tu... tapi dia jual dalam kotak..
fliffy ~~ mmg comel jer biskut ni..heping jer nampak dengan warna merah putihnya tu..
selalunya kakliza hanya cairkan coklat putih tu macam cairkan coklat biasa.. then celupkan biskut dalam coklat putih tu [amik sikit coklat putih tu dan buh dalam mangkuk kecil] then baru celup..pastu buh dalam paper-cup..gunakan penyepit kecil..
wanda wandalina74@yahoo.com ~~ biasanya kkliza buat caramel tu dalam loyang yg sama nak kukus bahan susu cair dan telur tu...panaskan gula dengan api yg paling kecil sambil kacau dengan senduk kayu supaya sama rata cairnya kelilng loyang..
Alesya, Mama n Abah ~~ kira cuti sekejap ... tapi inggu depan cuti algi sebab nak balik KL
nish ~~ okey..nanti kakliza tuliskan dan paste gambar mengenai ovallate...
Phalinn ~~ a'ah betui la tu..macam adik badik la..sepeupu sepapat...
Kak Leen rosleenda66@yahoo.com ~~ kakliza dah tuliskan cara buah celup coklat tu....
tie tie2103@yahoo.com ~~ TQ tie.. nak lagi tak?
adibah kinka7@hotmail.com ~~ TQ for visiting my fp..
semoga adibah berjaya dalam masakan dan juga pelajaran.. seronoknya....
MamaFaMi ~~ x per..boleh jer gunakan candy atau paper-cup yg ada kat umah tu.. tapi Mama ni kreatip ..so nanti adalah design tersendiri tu...











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net