Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 12-Nov-2006 10:21 Email | Share | Bookmark
PUDING BUAH CAMPUR



Puding Buah Campur [Puding Fruit Cocktail]

bahan

10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air buah campur dlam tin...
1 tin buah campur [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air buah campur dalam tin dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah campur yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....

kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah campur saja.


Quote:

MUZA ~~ waalaikumusalam..kakliza mmg suka buat puding yg sempoi tapi sodap..hehheheh..
Phalinn ~~ kira sempoi sangatlah tu makan buah campur tu saja..mmg kakliza pun ada jugak buat ..serve sejuk ngan susu cair..
Nurilham nurilham_2000@yahoo.com ~~ waalaikumusalam..mmg sedap kalau tart tu tambah almond kisar.. tapi agak keras sikit la crust dia.. kkliza x berapa suka sikit...
Nabialishad ~~ kakliza ni kkdg tu bizi jer..kkdg tu baru la relax...sorilah kalau lambat balas...
Acik ~~ betui tu.. mmg sedap makan waktu panas...sejuk jer..
Ini=>Su ~~ Waalaikumusalam..n TQ sebab sudi menjenguk fp kkliza..kakliza tahu resepi bakso tapi buat masa zaman belum tenet2 ni..nanti kkliza cuba bolehlah tepek kat sini..
MamaFaMi ~~ bila pulak Mama nak buat ...
zakiah zainudin ~~ rasanya kandungan berat agar2 tu sama la...
rosleenda ~~ jomlah buat pulak...kkliza suka buat dan makan kalau cuaca panas..sedap jer makan sejuk2...
tasikbiru ~~ mahap la..kkliza x der resepinya sebab kakliza belum pernah buat lagi..
Nina ~~ ha'ah..kkliza buat puding tu masa open house baru2 ni..
Krayolan ~~ dah tulis dah.. cuba tenguk topik Chilled Blueberry Cheesecake
Meorjay meorjay65@yahoo.com ~~ kalau sejuk lagi la nak lagi..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net