Want your
own Fotopage?







 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  37  38  39  40  41  42  43  [44]  45  46  47  48  49  50  51  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Mar-2008 22:55 Email | Share | | Bookmark
Paspot Antarabangsa

baru-baru ni kkliza telah buat paspot antarabangsa..
mahai sungguh laa........ terketar-ketar gaklah masa nak bayar tu..
udahla gambo yg diberikan tu amik masa penat..
so hasilnya gambo masam cetungggg...
tapi sajalah buat paspot..senang kalau dah ada...
kotlah kena p luar negara...
kalau tak jauh..dekat [macam Singapore] pun oklah..taklah kelam-kabut kannnn....


syuk juga dah ada ni..sajalah tepek sini





Quote:
1. masriyah ~~ ishhh...kalau boleh g..mmg akak nak g makang anging puas-puas laa....
2. mummy 3hz ~~ nama hanieliza adalah gabungan nama bonda kakliza..Norhani dan Noorliza ...gambor tu magic sikit...
3. MaDiHa ~~ kira-kira begitulah cita-cita dihati tu...
4. Erna ~~ hehhe u really notice gambo tu yer.. akak nak g jauh gala..kira2 seberang laut china selatan..masa akak amik gambo tu mmg agak penat..pastu tensen sebab dah siap lawo2..depa suruh tukar tudung warna lain..masa nak tukar tudung tu...ada pulak mamat dok tenguk..so mmg gambo tu garang semacam jer..bila dah tepek kat buku passport baru perasan muka masam cetung+garang gilos..[it' not like myself jerrr.. ]
5. Ija ~~ sementara ada eluang..jomlah jalan2 cari pengalamang...
6. wilda aka b-boo caw82@yahoo.com ~~mmg best masa show laser tu..akak takleh amik gambo banyak due to anak akak gunakan camera ..dia buat video taping..mmg syantikk....
7. Tie ~ Ibu Wawanis ~~ kalau nak ikut..boleh saja..tapi tambang sendiri..kakakkakka...sori arr..gurau-gurau ...
8. silversarina ~~ salam...baru jer nak panjangkan langkah setelah dapat greenlight dari cik abang...
9. azura asri ~~ salammm...alangkah bestnya kalau undangan tu dapat kkliza penuhi....nak kena pujukrayu cik abang ni...
10. ida isk merpati66@yahoo.com ~~ nak kata selalu tu taklah kot sebab masih ada komitment pada anak kecik tu lagi...saja sediakan payung sebelum hujan...
11. umi-kal ~~ cadangnya nak g makan angin la..tapi kalau orang bagi makan tengahari..makan malam..kkliza terima dengan hati yg gumbira....
12. cek de sam ~~ alahai..kalau boleh g..akan ku panjangkan langkah ku yg kemetot ini.... ..anyway..TQ so muchhhh....
13. wawa ~~ mmg ramai yg ajak g jalan2 tempat mereka.. bestnyaa..macam nak terbang semua tempat jer.....kalau boleh laaa...
14. rinnchan ~~ a'ah betui tu..dah ada passport ni..nak g..senang jer..kalau nak join..boleh saja..jommmm...akak akan bagitahu nanti...
15.:myperiukbelanga ~~ orait ..nanti kalau kkliza g s'pore bolehlah kkliza bagitahu..nak gak jumpa adik2 yg selalu jenguk FP atau blog akak...
16. aishah@ummiaqil ~~ tarikh tu kakliza ada assignment la...sorila..mmg nak g Jepun sangat kalau ada kesempatan ..nak jumpa adik2 siber di sana...
17. mamasya ~~ mmg ramai yg ajak g tempat mereka..even sebelum buat paspot lagi dah banyak jemputan... kalau dapat g semua yg mengajak akak..alahai bestnyaaaaaa...
18. kak jie jie ~~ hehhehe..yela..bila ada paspot..senang gak kot2 nak merajuk keluar negara..hehehhehe...acah jerrr...
19. Kak Su ~~ kalau sana [tok bai atau golok ] rasanya belum ada dalam fikiran
20. boxhousestudio ~~ rasanya chef tania tu lawa dan jelita lagi la...kalau gunakan sepenuhnya mmg berbaloi buat...masa akak buat mmg amik masa sikit sbb buat kat cawangan kecil..jom kita g singapore...teringin jugak laa..ramai adik siber sana...








Tuesday, 18-Mar-2008 15:32 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Cuti Sekolah

 
 
 
selepas menunaikan kewajipan mengundi hari itu kkliza sekeluarga berangkat ke KL untuk menemui anak2 yg tak dapat balik bercuti..
kebetulan pula asben kakliza ada tugasan di KL..
so kami pun amik kesempatan untuk bersama-sama 2 org anak yg berada di Shah Alam..
kakliza sempat memasakkan muffin coklat chips dan ayam masak merah untuk dibawa berjumpa anak2 disana..
sampai umah SIL kkliza di Sunway pun masak nasi tomato kegemaran mereka..[sorilah...kakliza agak kepenatan so x der mood nak amik gambo..]
selepas masing2 kenyang dan berehat sebentar kami bertolak ke KL terus check-in Hotel Nikko..




setelah berehat dan solat..kami pun turun berjalan kaki sekitar KLCC..
seronok sungguh kami anak beranak 7 orang bersama SIL berjalan dalam suasana tenang dan redup petang..sambil melayan tenguk irama air pancut depan KLCC..



sambil tu kakliza pun x lepas peluang amik gambo bangunan kebanggaan Malaysia..KLCC...







setelah selesai solat maghrib di Masjid As-Syakirin KLCC anak2 bercadang untuk naik EYE on Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa..
tapi sebelum naik gondola tu kami berkesempatan melihat show laser air yg ditunjukkan disitu..
oleh sebab naik semasa malam..kami berpeluang mengelilingi sebanyak 6 kali..best gilerrr..



selepas puas berposing maut disitu masing2 berasa lapar pulak..
so anak sulong kkliza mengajak p makan di Kg Baru KL..
kami makan di HR Steak House..mmg sedap masakan western situ..
tapi oleh sebab suasana agak suram saja cahaya lampu tu so kakliza x der mood nak amik gambar..
lepas makan..kami pun balik ke hotel dalam keadaan yang amat penat....


Saturday, 8-Mar-2008 13:20 Email | Share | | Bookmark
RAYA...bukan sebarang Raya

 
 
 
View all 12 photos...
hari ini semua rakyat Malaysia akan ber'RAYA'
tapi bukan taya posa..bukan raya cina atau india...
hanya PILIHANRAYA....

kakliza dan asben mengundi di kawasan Kerteh..
kami keluar jam 8 pagi ..menuju ke Sekolah Kebangsaan Kerteh..
disana kakliza jumpa ramai kawan2 yg lama dah tak berjumpa..seronoknyaa..
sambil beratur kami berbual bertanya kabar...

apapun segalanya berjalan lancar..

so now kita tenguk persekitaran pilihanraya...


untuk makluman semua kak liza akan ke KL jam 5 petang ini mengikut asben yg akan meeting di sana dan juga berjumpa anak2..
kkliza akan balik pada Isnin malam...


Friday, 7-Mar-2008 04:50 Email | Share | | Bookmark
Seafood Spaghetti

 


SEAFOOD SPAGHETTI

Bahan

500 gm spaghetti
500 gm udang
300 gm sotong sederhana
10 keping crap stik [potong kecil]
3 s/b minyak
1 labu bawang besar [cincang kasar]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan cili sos
1 s/k oregano
1/4 cawan daun pasley [cincang]
1 biji kecil cili capsikum hijau [potong dadu]
1 biji carrot kecil [potong dadu]
500 gm tomato cincang
1/2 cawan air
1 s/b lada hitam
1 s/k gula
garam

Cara
1. Rebuskan spagheti dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
2. Bersihkan udang dan sotong. Basuh dan toskan.
3. Panaskan minyakdan masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga layu.
4. Masukkan tomato sos, cili sos, tomato cincang, cili kapsicum, lada hitam, air, gula dan garam. Kacau dan biarkan mendideh.
5. Masukkan udang, sotong dan crab stik dan kacau rata. [Masakkan sekejap saja untuk mengelakkan udang dan sotong liat.]
6. Masukkan daun pasrley dan oregano. Kacau rata dan tutup api. Hidangkan.


Tuesday, 4-Mar-2008 21:01 Email | Share | | Bookmark
Fun Fly at Alor Ketitir, Dungun, Terengganu

 
 
 
View all 47 photos...
hari ini adalah cuti sempena hari PetabalanDYMM Sultan terengganu..
so kkliza mengikut asben dan anak-anak bermain kapal terbang kontrol di Alor Ketitr, Dungun, Terengganu...
pada mulanya kkliza x mo ikut tapi asben ajak juga kerana dia minta kakliza amik gambar kapal terbang kontrol yg hadir dalam perjumpaan hari ni..
kami bertolak dari rumah jam 8 pagi menuju ke Dungun..
sepanjang perjalanan kelihatan begitu banyak bendera politik dinaikkan...
kkliza x dapat ambil gambar kerana kakliza duduk bahagian belakang van so nak amik gambar agak susah sikit ..
kononnya nanti dalam perjalanan balik boleh ambil gambar...
tapi malangnya..semasa balik hujan lebat..abis peluang kak liza...

apappun jom kita layan gambo kapalterbang..
yg cantik..yg jatuh..patah riuk semua ada....


our plane crashed..due to aileron [untuk kawal kiri kanan diudara] x leh kontrol..
controled by Mohd Azib tapi bila jadi gitu ayahnya amik alih...emergency landing..sib baik hanya kipas patah...


k-terbang Cekgu Rosli patah body due to gam bekas crashed dulu tak kuat...


helikopter Mat Deris juga alami kemalangan..jatuh..


sekumpulan pemerhati bebas...


k-terbang kami crashed..patah sayap due to minyak habis..takleh control..
mujur pilot Mohd Azib selamat....


sambil bermain kami sediakan BBQ untuk pemain dan anak-anak...
bestttt sangat..
lenkali kena plan betul2 untuk buat BBQ ..so lagi meriah....



[<<  <  37  38  39  40  41  42  43  [44]  45  46  47  48  49  50  51  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net